FORMULASI RxLITE

FORMULASI KANDUNGAN RxLITE

KOKO asli digunakan dalam penghasilan RxLite formula. Coklat amnya dihargai kerana kepuasan & kelazatannya berbanding nilai nutrisinya. Ia memberi tenaga & kesegaran dengan kandungan theobromine, kafein dan sumber flavonoid iaitu sejenis polyphenol (antioksidan) yang kaya. Ia mengurangkan tekanan, risiko sakit jantung, kesan penuaan disamping rasanya yang sedap. (Sumber : Malaysian Cocoa Board)
L-Carnitine adalah asid amino membantu membakar lemak dengan menghantar asid lemak ke mitokondria sel (pusat pembakaran), untuk menghasilkan tenaga. Ia kaya dalam avokado, tempe, daging merah pejal dan susu badan. Ia membantu membina otot, mencegah penyakit hati, menstabilkan gula darah, menghilangkan lapar dengan pengambilan makanan kalori rendah, pertumbuhan badan yang normal dan banyak lagi. Kekurangan L-Carnitine menjadi penyebab badan terbantut, ketegangan otot, keletihan melampau dan ketakstabilan glukosa dalam darah.
Garcinia Cambogia atau dikenali asam gelugor terkenal sebagai supplemen menurunkan berat. Ia menghalang proses penukaran lebihan kanji & glukosa kepada lemak (lipogenesis/gluconeogenesis). Ia membantu pengoksidaan lemak, menurunkan kolesterol darah, memberi isyarat kenyang kepada otak, meningkatkan paras kimia serotonin untuk menghilangkan rasa lapar, menggalakkan proses thermogenesis (penghasilan haba badan) untuk membakar lebihan kalori dan lemak terkumpul. Ia menghalang pengumpulan lemak dalam tisu lemak (adipose) sekaligus menurunkan berat.
RxLite juga kaya dengan Serat Pemakanan. Kajian diet Amerika mendapati epidemik obesiti (kegemukan melampau) disebabkan kurang pengambilan serat. Serat berfungsi memperlahan penghadaman dalam perut dan usus, sekaligus mengurangkan rasa lapar. Ia membolehkan penghadaman sempurna, dan menurunkan glukosa darah. Serat mempunyai kesan mengembang, justeru menyebabkan kekenyangan tanpa mengambil lebihan kalori. Serat larut dapat mengurangkan kolesterol. Serat tak larut merangsang pergerakan usus normal (peristalsis) dan membersihkan usus. Kajian turut mendapati serat (e.g pektin) mengurangkan risiko mendapat kanser tertentu.
Bijirin oat terkenal kaya dengan serat larut, phytochemicals, mineral mangan, magnesium dan selenium. Serat Oat dapat menurunkan kolesterol darah, dengan kandungan semulajadi yang tinggi dalam beta-glucan yang menurunkan kolesterol jahat LDL. Semangkuk oat sudah mencukupi untuk keperluan seharian serat yang lengkap, iaitu kira-kira 3 gram! Pengambilan oat yang tetap terbukti dapat menurunkan risiko penyakit jantung, disamping sihat dan kurus dengan hanya mengambil segelas minuman berkhasiat RxLite!
TriCalcium Phosphate (TCP) adalah mineral sebatian kalsium dan fosforus yang digunakan sebagai agen anti-penggumpalan (anti-caking) untuk mengelakkan minuman RxLite ini menjadi seperti ber'gel' atau bergumpal dan tidak enak diminum. Food-grade TCP digunakan dalam formulasi RxLite.
RxLite juga mengandungi Fructose OligoSaccharide (FOS). Ia gula ringkas rantaian pendek yang menggalakkan percambahan bakteria baik di dalam usus, sekaligus mengelakkan masalah penghadaman dan gangguan perut. Ia mencapai kemanisan hingga 50% gula biasa tapi tanpa kalori, jadi produk RxLite tiada campuran gula, sesuai untuk pengidap kencing manis.


Akhir sekali, RxLite dipertenagakan dengan pemprosesan menggunakan air ulung kajian Dr Noordin iaitu RxWater. RxWater sedikit beralkali, membantu metabolisma badan, kaya dengan unsur antioksidan, mempertingkatkan penyerapan oksigen, molekul halus yang mudah diserap tubuh, membersih aura tubuh, kandungan mineral optimum, ada protein terlarut dalam air, terbukti membantu dalam :-
  • melancarkan peredaran darah
  • meningkatkan fungsi sistem kekebalan tubuh
  • meningkatkan tenaga hasil pengaliran oksigen ke tubuh
  • membuang toksik terkumpul dalam badan
  • melancarkan pergerakan sendi
  • membersihkan aura tubuh
  • menstabilkan suhu badan
  • menawarkan asid berlebihan dalam badan

RxWater digunakan secara meluas di istana-istana kerajaan negeri, kediaman pembesar-pembesar kerajaan dan satu-satunya yang diiktiraf dalam program SIHAT SEPANJANG HAYAT!
Cubalah RxLite sekarang untuk menikmati kebaikan-kebaikan di atas.