DR ATKINS DIET - BAHAGIAN I

Revolusi diet Dr Atkins dicipta oleh mendiang Dr Atkins, seorang pakar kardiologi terkemuka dari US, yang juga dikenali sebagai "The Atkins Nutritional Approach For A Life Time"yang menyasarkan kepada 4 perkara :

1 ) Anda pasti kurus - hilang beberapa berat kg berat badan & beberapa inci di pinggang, berkesan untuk lelaki mahupun wanita.

2 ) Anda pasti kekal kurus - tiada kesan Yo-Yo kesan dari pemakanan yang tidak berkesan & degnan berlapar. Atkins Diet tidak menerima kelaparan sebagai cara hidup untuk terus kekal kurus. Corak pemakanan ditekankan menggabungkan protein & lemak yang cukup menjadikan pengamal Atkins Dietmampu untuk mengekalkan berat badan unggul sepanjang hayat.

3 ) Kesihatan yang unggul - Corak pemakanan yang lazat, menyelerakan, mengenyangkan & pastinya sihat (Dr Atkins sendiri adalah pakar jantung), mengabaikan makanan tinggi karbohidrat & bergula, yang menterbalikkan metabolisma insulin, jadi anda jadi lebih sihat & bersemangat dalam menjalani hari-hari diet anda.

4 ) Kehidupan bebas penyakit - Corak kehidupan yang berubah, daya imunisasi tubuh meningkat & sukar didekati penyakit.

Atkins Dietterbahagi kepada beberapa fasa yang perlu dikuti iaitu Fasa Induksi, Fasa Peurunan Berat Berterusan, Fasa Pra-Maintenance & Fasa Maintenance seumur hidup. Untuk berjaya dalam corak diet ini, peraturan-peraturan yang digariskan oleh Dr Atkins tersebut perlulah dipatuhi tanpa dipersoal. Corak pemakanan Atkins Dietmengutamakan pengambilan protein & lemak namun mengelak karbohidrat & gula dalam makanan.

Fasa Induksi

Pada peringkat ini, Dr Atkins menyarankan hanya menghadkan pengambilan hanya 20g karbohidrat dalam sehari. Makan antara 4 ke 5 hidangan yang mini, namun pastikan jangan diabaikan makan dalam jangkamasa 6 jam berjaga.

Kombinasi protein & lemak yang amat digalakkan ialah daging putih seperti ayam, itik, ikan, telur, lemak tulin seperti minyak bunga matahari, minyak zaitun, mentega, mayonis dan seumpamanya.

Jauhkan dari mengambil karbohidrat seperti pasta, jangan ambil buah-buahan (tinggi gula), bijirin, makanan tenusu selain daripada keju, krim & mentega. Dalam 2 minggu pertama, elakkan dari mengambil kekacang, kuaci, ubi-ubian dan seumpamanya.

Makan sehingga separuh kenyang, sekadar untuk menghilangkan lapar dan bukan sehingga betul-betul kenyang. Jauhkan juga minuman yang yang mengandungi gula & pemanis tiruan seperti aspartam, sebaliknya gantui dengan gula semulajadi seperti gula stevia ataupun sakarin.

Jika anda kerap makan di luar, pastikan makanan dipesan tidak mengandungi karbohidrat atau gula tersembunyi yang banyak di dalam sos, kuah atau dressing. Jangan minum teh, kopi, coklat atau soda yang mengandungi kafein kerana kafein akan menyebabkan turunnya gula dalam darah dan meyebabkan keinginan untuk memakan makanan manis (sugar craving). Sebaliknya gantikan dengan kopi decaf (tanpa kandungan kafein) yang boleh dibancuh dengan gula stevia.Minum air putih yang banyak sekurang-kurangnya 3 liter sehari untuk mengkumuhkan sisa pembakaran lemak. Jika anda sembelit, bancuh psyllium husk dengan air dan minum sekurang-kurangnya sekali sehari.

Makanan-makanan Yang Dibenarkan Dalam Atkins Diet

Semua jenis ikan, arnab, ayam, ayam belanda, kuang bayas, itik, itik nila, angsa, burung puyuh, kerang-kerangan seperti tiram, kepah, lokan, siput, kerang, ketam dan udang.

Daging merah seperti lembu, kambing, biri-biri, rusa, kijang, mahupun telur yang boleh dipelbagaikan cara masakan. Elakkan daging yang diproses seperti sosej, pepperoni, salami dan sebagainya yang mungkin mengandungi gula dan karbohidrat tambahan.

Keju yang bermacam jenis seperti cheddar, mozzarella, gouda atau krim keju.

Salad & sayur-sayuran yang disarankan adalah seperti bok choy, kailan, sawi, kobis, saderi, timun, parsli, asparagus, rebung, taugeh, brokoli, tomato, labu, bawang dan seumpamanya yang boleh diambil 3 ke 4 hidangan sehari. Elakkan salad dressing yang mempunyai kandungan guloa yang tinggi. Sebaiknya ambil bersama minyak zaitun.

Minyak zaitun adalah minyak yang terbaik. Minyak-minyak lain yang dibolehkan seperti minyak biji bunga matahari, minyak canola, minyak soya, minyak jagung, tetapi jangan terlalu tinggi suhu digunakan sehingga bertukar warna kecoklatan. Mentega dibenarkan, tetapi elakkan marjerin yang tinggi asid lemak trans (hydrogenated) yang buruk untuk kesihatan. Minyak kelapa sawit yang dirawat juga tergolong hydrogenated oil. Rempah-ratus dibolehkan diambil untuk menambah perisa tetapi perlu dipastikan bebas gula.

Antara makanan lain yang digalakkan seperti buah zaitun, buah tiin, buah avokado, jus lemon atau limau nipis, krim putar atau krim masam.

(bersambung)

Berikut adalah sedikit pengenalan tentang Dr Atkins.



Click here to visit Healthy Mind Fit Body.