KITA BAKOR JE, BAKORRR! BURN THE FAT DOWN!

BAKAR LEMAK, KENCANGKAN OTOT, TURUN BERAT SECARA SIHAT & SELAMAT!

Obesiti adalah antara penyebab utama kematian akibat penyakit kronik di seluruh dunia. Obesiti bermula dengan peningkatan berat badan akibat pengumpulan lemak tidak perlu dalam badan. setiap insan inginkan kesihatan yang gemilang dan tubuh badan yang cantik bebas lemak yang menggelebeh lagi menghuduhkan.

Tahukah bahawa kita boleh membakar lemak tubuh tanpa kehilangan jisim otot dengan pemakanan, pengambilan kalori yang betul dan senaman mudah yang dilakukan secara konsisten. Apa yang perlu kita pantau adalah pengambilan kalori harian yang bersesuaian dengan corak aktiviti kita. Sebagai contoh, seorang atlit pasti memerlukan kalori yang jauh lebih tinggi daripada seorang pekerja pejabat yang hanya mengadap komputer.

Berapa jumlah lemak harian yang diperlukan? Dalam pengurusan berat badan, pengambilan lemak tidaklah sepenting pengambilan kalori. Seperti diketahui, kita mengambil kalori dari pelbagai sumber samaada lemak, protein mahupun karbohidrat. Apa yang penting, kita turut perlu ambil lemak mono-tak tepu dan poli-tak tepu dalam kuantiti sedikit. Apa yang bahaya ialah lemak tepu dan asid lemak trans yang menjadi penyebab kepada obesiti dan penyakit-penyakit berbahaya lain. Pengambilan maksimum bagi lemak tepu perlulah tak melebihi 20 gram sehari, seboleh-bolehnya elakkan terus asid lemak trans.

Gantikan makan anda yang terlalu berlemak dan berkarbohidrat atau berkanji tinggi dengan makanan yang tinggi protein, kerana protein akan meningkatkan jisim otot yang secara tak langsung membakar lebihan lemak anda. Pilih protein seperti whey, ikan, ayam, daging tanpa lemak, kacang soya, ataupun minuman berprotein yang banyak dipasaran. Ikan seperti tuna, salmon dan kod selain tinggi protein, amat kaya dengan Omega 3 untuk kesihatan jantung.

Bagaimana ingin bakar lemak? Lakukan angkat berat (strength training) di rumah selama 30 minit sekurang-kurangnya 2 kali seminggu. Kekuatan otot meningkatkan metabolisma, 50 kalori sehari diperlukan untuk menyokong keperluan satu paun otot. Jadi kalori dari lemak dibakar. Pada masa sama, elakkan dari memakan makanan yang diproses (mengandungi kandungan trans-fat yang tinggi!). Sebaik-baiknya ambil makanan yang paling hampir dengan semulajadi. Lebihkan buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya vitamin dan mineral yang menjadikan metabolisma badan anda lebih efisien.

Selain latihan angkat berat, latihan kardio (cardio training) yang teratur juga penting untuk membakar lemak. Corak latihan perlulah diselang-selikan, contohnya berjoging selama 1 km, kemudian pecut untuk 200m, kemudian kembali berjoging lagi 1km, dan berjalan selama 30 minit. Latihan 3 ke 4 kali seminggu sudah memadai dengan jangkamasa antara 30 minit ke 1 jam setiap sesi. Tukar corak anda berfikir dari melakukan latihan sebagai satu kerja membebankan kepada sesuatu yang menggembirakan, lakukan bersama anak-anak dan orang tersayang sebagai satu aktiviti kemestian yang menghiburkan!

Makan lebih untuk kurus? Ya, untuk kurus anda perlu banyak makan, tetapi bukan makan lebih banyak tapi makan dengan lebih kerap dalam kuantiti lebih kecil. Jika sebelumnya anda cuma makan 3 kali sehari yang berat, pecahkan kepada bahagian lebih kecil tapi lebih kerap, contohnya sehingga 6 kali sehari. Selain memperbaiki metabolisma tubuh, ia akan menstabilkan insulin dalam darah. Kadar pengeluaran insulin yang tidak stabil adalah penyebab kepada penyakit kencing manis. atau alternatif terbaik ialah menggantikan sebahagian makanan utama anda dengan RxLite dan Super RxLite! :)

Lebihkan pengambilan serat dalam makanan. RxLite amat kaya serat pemakanan yang mampu menimbulkan perasaan kenyang berbanding pengambilan lemak dan karbohidrat. Serat juga bertindak mengurangkan paras kolesterol tak baik (LDL) dalam darah. Serat terbaik adalah dari buha-buahan seperti oren serta biji-bijian seperti oat, gandum dan sebagainya. Pilih roti gandum penuh berbanding roti putih.

Jangan tinggalkan sarapan pagi yang penting dalam menjaga kestabilan insulin yang boleh menyebabkan kita makan lebih pada waktu tengahari, petang dan malam. Jauhkan dari makanan segera seboleh mungkin.

Jangan telan terus makanan anda! Ya, kunyah makanan anda perlahan-lahan supaya ia hancur dan dapat dihadam sempurna. Tahukah bahawa tubuh memerlukan sekitar 20 minit untuk mengetahui samaada kita sudah benar-benar kenyang atau tidak. Makan yang terlalu pantas menyebabkan kita tidak tahu bahawa kita sebenarnya telah terlebih makan.

Paling penting ialah minum air putih yang mencukupi. Dinasihatkan agar minum sekurang-kurangnya 8 ke 12 gelas sehari (antara 2.0 liter ke 3.0 liter minima). Air putih adalah elemen utama tubuh anda, ia akan menyingkirkan sisa metabolik tubuh dan memastikan sistem metabolisma tubuh sentiasa di tahap optima. Air putih juga mampu memberi isyarat kenyang kepada otak menjadikan kita makan kurang dari sepatutnya. Minumlah, tak perlu tunggu sehingga berasa dahaga. Jadikan ia amalan yang kerap sepanjang hari.

Dapatkan rehat dan tidur yang cukup antara 6 ke 8 jam sehari supaya tubuh anda boleh self-repair dan pulih dari kepenatan. Ia akan berterima kasih kepada anda.

Lakukan senaman pada waktu pagi sebelum mengambil sarapan juga amat membantu membakar lemak dengan berkesan. Tak perlu latihan yang berat, sekadar berjalan-jalan di kejiranan anda, sedikit latihan aerobik, sudah memadai. Sebagai bonus, dapat juga mengeratkan tali silaturahim dengan jiran-jiran lain.

Jadi, apa tunggu lagi! Apa yang dimakan, itu yang perlu dibakar. Ia semua tentang keseimbangan tenaga (teori Einstein, e=mc^2)). Pastikan anda runding dengan doktor anda sebelum memulakan sebarang latihan kecergasan. Kenalpasti tahap kecergasan anda untuk maju ke tahap yang lebih tinggi. Minum air yang cukup, jangan sesekali biarkan tekak anda kering akibat dehidrasi. Setkan matlamat berat badan impian yang ingin dicapai, fokus dan bersenam dengan konsisten. Jaga apa yang anda makan.

Ketahuilah, panduan yang disarankan di atas hanyalah asas sahaja, bak kata omputeh 'Tip of the Iceberg'. Saya merokemen anda satu panduan yang amat padat dan berkualiti dari seorang pakar bina badan dan kesihatan iaitu Tom Venuto. Panduan 'Burn The Fat, Feed The Muscle' yang dikarangnya adalah seperti 'bible' (panduan) utama bagi sesiapa yang ingin kurus, digunapakai ahli bina badan serta atlit profesional seluruh dunia.

Bahan padat ini terbahagi kepada 4 elemen utama pengurangan berat badan : Nutrisi pemakanan, latihan berat, latihan kardio dan latihan mental (motivasi). Beliau menjanjikan kaedah diajarkannya adalah cara tercepat dan paling efisien dalam menurunkan berat secara efektif dan selamat. Ketahui juga kaedah penyediaan makanan enak untuk menurunkan berat dari seorang pro sebenar dalam bidang ini, semua dalam panduan 'Burn The Fat, Feed The Muscle' ini. Tahukah anda seorang vegetarian juga berpotensi mempunyai tubuh yang jitu, padat dan bebas lemak, tak terhad pada seorang yang mengambil protein daging sahaja. Ketahui juga rahsia jenis-jenis pengurangan berat seperti berat air, berat lemak, berat otot dan seumpamanya. Teknik-teknik diajar semuanya adalah rahsia disimpan rapi para profesional bidang bina badan dan atlit terbaik dunia!

Program dianjurkan sesuai untuk sesiapa sahaja, tanpa mengira had umur, jantina atau dari negara mana anda kerana ia telah dibuktikan di 147 negara dunia. Panduan sebegini tak akan anda dapati di kedai-kedai majalah, bookstores dan seumpamanya. Klik banner di bawah untuk mendapatkannya.

Apa yang lebih menarik? Anda boleh membeli dari Tom Venuto dan mencubanya HARI INI JUGA. Dan jika mendapati ianya tidak berkesan untuk anda atau anda kurang berpuashati (atau sebarang alasan lain), anda sentiasa boleh mengembalikannya semula. 60 Days Money back Guarantee. No Question Asked.



Satisfaction Guaranteed


or Your Money Back!


Order naskhah anda sekarang dengan klik banner di atas. Terima kasih