DR ATKINS DIET - BAHAGIAN II

PERATURAN SEMASA INDUKSI

Ujian Ketone (Ketostix) Menunjukkan Bacaan Positif

Ketostix atau Lipolysis Testing Strip mengukur ketone - iaitu pengukuran bahawa tubuh anda berada dalam tahap lipolysis, proses kedua ketosis, yang diukur dari air kencing anda.

Bacaan akan bertukar samada merah jambu atau ungu, bergantung pada tahap ketosis anda (berapa banyak ketones), semakin gelap warnanya bermakna semakin tinggi tahap ketone.

Tahap ketone bergantung pada makanan yang kita ambil hasil penguraian atau metabolisma asid lemak. Bagi individu sihat, ketone akan dihasilkan di hati dan sepenuhnya digunakan jadi hanya jumlah yang sedikit akan dikelaurkan dalam air kencing. Apabila karbohidrat tidak mencukupi dan tidak dapat digunakan sebagai sumber tenaga, tenaga akan dihasilkan daripada lemak. Jumlah ketone yang tinggi akan terhasil sebagai sisa metabolik lemak. Kandungan ketone yang tinggi dalam air kencing (ditunjukkan dengan warna lebih gelap pada ketostix) menunjukkan tubuh menggunakan lemak sebagai sumber utama tenaga, berbanding protein dan/atau karbohidrat.
Satu kajian tentang hubungkait ketonuria (kandungan ketone yang tinggi dalam urine) kepada kesihatan metabolik menyeluruh, mendapati kandungan tinggi ketone dalam air kencing selepas berpuasa dan petunjuk kesihatan metabolik yang positif. Ini menandakan lemak digunakan atau dibakar sebagai sumber tenaga semasa kita berpuasa.



FASA KEDUA ATKINS
PENURUNAN BERAT BERTERUSAN


Jika sudah memasuki fasa ini, bermakna kita telah lulus fasa induksi. Pada fasa ini, kita akan mula menggunakan Atkins Dietuntuk sesuaikan dengan citarasa kita. Ini antara punca kenapa corak diet Atkins begitu digemari ramai, walaupun pada mulanya agak siksa untuk melepasi walau tahap induksi. Lebih banyak lemak dibakar, penurunan berat badan yang ketara akan dapat dilihat, pinggang akan semakin ramping.


Pada fasa ini juga, walaupun jumlah karbohidrat yang diambil sedikit meningkat, tapi ia bukanlah lesen untuk kembali menjamah sepenuhnya makanan kaya karbohidrat, tinggi gula seperti sebelum anda memulakan Atkins Diet. Perhatikan bahawa kualiti makanan berkarbohidrat adalah lebih penting dari kuantitinya. Ambil hanya gula stevia bagi menggantikan pengambilan gula anda.


Perbezaan antara Fasa Induksi dengan Fasa Penurunan Berat Badan Berterusan ialah dalam Fasa II ini anda akan makan lebih banyak karbohidrat, dapat makan lebih banyak kelas makanan (mencipta corak pemakanan anda sendiri) dan paling penting dalam fasa ini, mengira jumlah karbohidrat yang dimakan adalah kuncinya, di mana kegagalan melakukan ini akan menggagalkan keseluruhan diet anda.


Pastikan goal anda jelas, spesifik & realistik Rancang untuk turun berapa kg, contohnya 10kg dan mengekalkannya lebih baik dari sekadar merancang untuk turun berat badan. Sasaran juga perlulah realistik, contohnya ingin turun berat sebanyak 2kg seminggu berbanding ingin turun 20kg seminggu.


Visualisasikan Tubuh Impian anda Bayangkan dalam kotak fikiran anda tubuh yang anda idam-idamkan, pakaian yang dapat pakai dengan tubuh sedemikian & siramkan dengan emosi perasaan gembira anda. Dengan gabungan visualisasi dan emosi terbukti memberi kesan yang paling efektif dalam mencapai sasaran berat badan anda, atau sebarang impian anda yang lain.


Dalam Fasa II ini, sasarannya ialah untuk membakar dan melarutkan terus-menerus lemak, mengawal selera makan, mengambil karbohidrat sekadar yang mencukupi sahaja untuk terus turun berat badan, dengan memakan pilihan makanan yang lebih banyak.


PERATURAN DALAM FASA PENURUNAN BERAT BADAN BERTERUSAN


1 ) Protein dan lemak sebagai sumber pemakanan utama berbanding karbohidrat.


2 ) Peningkatan pengambilan karbohidrat harian hanya sebanyak tambahan 5 gram seminggu.


3 ) Tambah kategori makanan baru satu-persatu dalam satu-satu masa. Mulakan dengan pengambilan cuma 3 kali seminggu, secara berperingkat, ambil hari-hari.


4 ) Hentikan segera pengambilan kumpulan makanan jika ia menyebabkan pertambahan berat badan, kembali kepada peningkatan selera makan ataupun keinginan pada gula dan karbohidrat.


5 ) Teruskan fasa ini sehingga berat sasaran anda cuma 5 ke 10kg lagi sahaja untuk dicapai.